Skip to main content

Perbezaan Endowmen, Wakaf & Sumbangan

Wakaf dan endowmen adalah dana kekal yang mempunyai had kawalan tersendiri, di mana nilai pokok (principal) dikekalkan. Dana tersebut dilaburkan dan hasilnya digunakan untuk menafaat seperti yang disyaratkan oleh penyumbang. Di samping ada persamaan, wakaf dan endowmen mempunyai beberapa perbezaan yang nyata.

Wakaf

  • Tujuan

    Memenuhi kehendak Syariah

  • Asas Penubuhan

    Memenuhi 4 rukun wakaf (Al-Waqif, Al-Mauquf, Sighah, Al-Maquf Alaihi)

  • Sumber Sumbangan

    Aset hendaklah dari sumber halal dan pemilikan yang diktiraf undang-undang

  • Pemilik Aset

    Hakmilikan Allah SWT (Diuruskan oleh Mutawalli)

  • Keputusan Polisi

    • Pewakaf (al-Waqif)
    • Jika ada perselisihan dalam perlaksanaan, keputusan muktamad terletak pada Mahkamah Syariah
  • Kelayakan/hak Mengurus

    Mutawalli atau Nazir sebagai pentadbir dan pelaksana, sebarang kuasa diberikan oleh Lembaga Wakaf

  • Pematuhan Rukun/Dasar

    Irrevocable, Perpetual & Inalienable

  • Cukai Pendapatan

    Menunggu keputusan Kementerian Penggajian Tinggi


Endowmen

  • Tujuan

    Berbagai tujuan yang dibenarkan undang-undang

  • Asas Penubuhan

    Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyumbang

  • Sumber Sumbangan

    Sumber aset hendaklah dari hakmilik yang diiktiraf undang-undang walaupun tiada syarat halal

  • Pemilik Aset

    Hakmilikan Pemegang Amanah atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui)

  • Keputusan Polisi

    • Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang
    • Jika ada perselisihan dalam perlaksanaan, keputusan muktamad terletak pada Mahkamah Sivil
  • Kelayakan/hak Mengurus

    Pemegang Amanah (Trustees)

  • Pematuhan Rukun/Dasar

    Ditetapkan oleh Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui)

  • Cukai Pendapatan

    Menunggu keputusan Kementerian Penggajian Tinggi


Sumbangan

  • Tujuan

    Sumbangan dalam bentuk derma, sedekah atau infak boleh dimanfaatkan sepenuhnya

  • Asas Penubuhan

    Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyumbang

  • Sumber Sumbangan

    Pemberian sumbangan di dalam bentuk wang (harta bergerak atau mengalir) akan diniatkan sebagai sedekah.

  • Pemilik Aset

    Hakmilikan Pemegang Amanah atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui)

  • Keputusan Polisi

    • Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang
    • Jika ada perselisihan dalam perlaksanaan, keputusan muktamad terletak pada Mahkamah Sivil
  • Kelayakan/hak Mengurus

    Pemegang Amanah (Trustees)

  • Pematuhan Rukun/Dasar

    Ditetapkan oleh Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui)

  • Cukai Pendapatan

     Tertakluk kepada Pelepasan Cukai di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967