Wakaf dan endowmen adalah dana kekal yang mempunyai had kawalan tersendiri, di mana nilai pokok (principal) dikekalkan. Dana tersebut dilaburkan dan hasilnya digunakan untuk menafaat seperti yang disyaratkan oleh penyumbang. Di samping ada persamaan, wakaf dan endowmen mempunyai beberapa perbezaan yang nyata.
ASPEK | WAKAF | ENDOWMEN | SUMBANGAN / DERMA |
Tujuan | Memenuhi kehendak Syariah | Berbagai tujuan yang dibenarkan undang-undang | Sumbangan dalam bentuk derma, sedekah atau infak boleh dimanfaatkan sepenuhnya |
Asas Penubuhan |
Memenuhi 4 rukun wakaf (Al-Waqif, Al-Mauquf, Sighah, Al-Maquf Alaihi) |
Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyumbang | Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyumbang |
Sumber Sumbangan |
Aset hendaklah dari sumber halal dan pemilikan yang diktiraf undang-undang | Sumber aset hendaklah dari hakmilik yang diiktiraf undang-undang walaupun tiada syarat halal | Pemberian sumbangan di dalam bentuk wang (harta bergerak atau mengalir) akan diniatkan sebagai sedekah. |
Pemilik Aset | Hakmilikan Allah SWT (Diuruskan oleh Mutawalli) | Hakmilikan Pemegang Amanah atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui) | Hakmilikan Pemegang Amanah atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui) |
Keputusan Polisi |
- Pewakaf (al-Waqif) |
- Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang - Jika ada perselisihan dalam perlaksanaan, keputusan muktamad terletak pada Mahkamah Sivil | - Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang - Jika ada perselisihan dalam perlaksanaan, keputusan muktamad terletak pada Mahkamah Sivil |
Kelayakan/hak Mengurus |
Mutawalli atau Nazir sebagai pentadbir dan pelaksana, sebarang kuasa diberikan oleh Lembaga Wakaf | Pemegang Amanah (Trustees) | Pemegang Amanah (Trustees) |
Pematuhan Rukun/Dasar | Irrevocable, Perpetual & Inalienable | Ditetapkan oleh Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui) | Ditetapkan oleh Pemegang Amanah (Trustees) atau Penyumbang (Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui) |
Cukai Pendapatan |
Menunggu keputusan Kementerian Penggajian Tinggi. | Tertakluk kepada Pelepasan Cukai di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967 |