Info

Latar
Belakang

  1. Tabung Endowmen/Wakaf UTeM  dan Tabung Sumbangan UTeM adalah tabung kebajikan yang diluluskan penubuhan oleh Universiti pada 27 Disember 2012.

  2. Tabung ini telah dilancarkan oleh YBhg. Naib Canselor pada 13 Mei 2015 adalah merupakan sebuah tabung yang ditubuhkan untuk mengumpul dana serta memberi peluang kepada syarikat korporat, agensi luar, orang ramai, individu, alumni, Pusat Tanggungjawab dan staf UTeM untuk menghulurkan sumbangan bagi merancakkan lagi aktiviti kesarjanaan ilmu di UTeM.

  3. Pengurusan Tabung Endowmen UTeM dan Tabung Wakaf UTeM telah diluluskan pengasingan pada 22 Disember 2016 . Tabung Wakaf Universiti adalah di bawah kuasa Lembaga Wakaf Universiti. Manakala Tabung Endowmen UTeM dan Tabung Sumbangan UTeM adalah di bawah kuasa Jawatan kuasa Pemegang Amanah Tabung Endowmen UTeM Dan Tabung Sumbangan UTeM.

Objektif
Sumbangan

  1. Membiayai aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan, kebajikan pelajar, aktiviti dakwah dan pengimarah;
  2. Membiayai aktiviti peningkatan budaya ilmu di UTeM seperti penajaan Kursi Profesor, penerbitan bahan saintifik, pembangunan fasiliti akademik dan lain-lain;
  3. Penajaan pelajar seperti biasiswa kepada pelajar cemerlang atau tajaan yuran pengajian bagi pelajar yang layak dan memerlukan; dan
  4. Membudayakan amalan memberikan sumbangan jangka panjang di kalangan warga UTeM dan masyarakat setempat.

Ingin Menyumbang?

168x50.png

Unit Pengurusan Penjanaan Pendapatan
Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan
Pejabat Bendahari
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Search